Thursday 17 October 2013

Menjaga dan mencintai SOLAT

Assalamualaikum wr wb.
Bismillahirahmannirahiim.

Ummi nak kongsi dan nak mengingat diri ummi juga bahawa kita mesti menjaga solat kerana SOLAT yang disoal terlebih dahulu apabila kita dibangkitkan di hari akhirat kelak. Menjaga solat itu bermula dari mendengar azan atau bila kita sedar atau tahu sudah masuk waktu solat.

Setelah azan bergema atau masuk waktu solat, marilah kita segera menyahut panggilan solat. Kita persiapkan fizikal, emosi dan minda kita. Kita bersihkan diri, ambil air sembahyang dan hendaklah betul. Kemudian kita pakai pakaian solat, yang bersih dan menutup aurat bagi lelaki dan wanita.

Setelah memasang niat, kita hendaklah benar-benar khusyuk kerana waktu SOLAT kita sebenarnya sedang 'berjumpa dan berbicara' dengan ALLAH melalui perbuatan, lidah dan niat kita. Kita bermohon pada ALLAH dengan penuh rasa rendah diri  agar ALLAH terima ibadah kita, taubat kita. Ketika solatlah, kita curahkan segala rasa syukur, nikmat, takut, risau, gembira dan segala rasa yang ada dalam diri kita. Melalui solat, kita 'berhubung' secara langsung dengan ALLAH.

Apabila kita sudah beroleh hubungan 'intim' itu dengan ALLAH, kita akan beroleh rasa manis dan tidak sabar untuk bertemu dengan ALLAH dalam solat yang seterusnya...

Itulah yang ummi rasa saat ini, yang ingin ummi kongsi bersama-sama. Alhamdulillah atas kurnia-MU ini YA ALLAH.

Moga ALLAH redha dan berkati hidup kita. Moga kita termasuk dalam golongan orang menjaga dan mencintai SOLAT kita. Sesungguhnya kami akan kembali kepada-MU, TUHAN kami. Amiiin.

No comments:

Post a Comment