Thursday 26 January 2017

30 kelebihan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW




ASSALAMU'ALAIKUM WR WB


KEAJAIBAN SELAWAT

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani 

Sumber :http://www.lyssasecret.com/2015/12/30-keajaiban-selawat-ke-atas-nabi.html




Wednesday 29 June 2016

KELEBIHAN DAN KEHEBATAN SURAH AL-FATIHAH

(Credit to : http://cahayamukminabadi.blogspot.hk/2013/08/kelebihan-dan-kehebatan-surah-al-fatihah.html)

Surah Al-Fatihah (الفاتح , al-Fātihah, “Pembukaan”) adalah surat pertama dalam Kitab Suci  Al Qur’an. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surah-surah yang ada. Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), karena dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. DinamakanUmmul Qur’an (induk Al-Quran/أمّ القرءان) atau Ummul Kitab (induk Al-Kitab/أمّ الكتاب) karena dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang/السبع المثاني) karena jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sholat.

 Ada sebuah petunjuk barangsiapa yang membaca Al Fathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka dia akan:
  • Derajat dan pangkatnya naik.
  • Tidak akan mengalami kemiskinan.
  • Allah SWT akan membayar hutangnya
  • Menyembuhkan segala penyakit.
  • Dikuatkan kelemahannya oleh Allah.
  • Usahanya berhasil sampai yang dicita-citakannya terkabul.
Ada sebuah riwayat. Suatu ketika murid Syaikh al Tamimi memberi penjelasan: “Suatu hari penyakit telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya sehingga banyak terjadi kematian setiap hari. Lalu tuan Syaikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah kepada mereka yang sakit tersebut. “Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas kepala orang sakit itu, seketika orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”

 Begitulah rahasia kehebatan Al Fatihah. Siapa yang membaca 41 kali Fathihah untuk seorang yang sakit, setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah dia akan sehat.

 Ibnu Abas r.a menjelaskan Saidina Hassan bin Ali r.a cucu Rasulullah SAW sakit. Melihat cucunya sakit, Rasulullah mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 41 kali dalam suatu wadah, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan anggota tubuh lainnya. Maka, penyakitnya segera sembuh.

 Maka siapa saja yang mengidap sesuatu penyakit baca Al Fatihah sebanyak 41 setelah tiupkan ka segelas air dan itu baca doa ini: “Ya Allah sembuhkanlah karena Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungi karena Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan karena Engkau Maha Pemulih.”

 Selanjutnya berikan air minum kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke seluruh tubuhnya, dengan ijin Allah SWT, maka sakitnya akan sembuh.

 Inilah manfaat lengkap wirid Al Fatihah:

 PENYEMBUHAN PSIKOLOGIS
Membaca al Fathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap selesai sholat maka dia akan:
  • Dimudahkan rezkinya
  • Dimudahkan kesulitannya.
  • Dibersihkan hatinya.
  • Diangkat darjatnya.
  • Dimudahkan pekerjaannya.
  • Dilepaskan dari dukacita
  • Dijauhkan dari mudharat.
  • Diberikan sifat rajin dan semangat.
  • Tidak mudah kecewa.
  • Dijauhkan dari syaitan.
  • Perilakunya cenderung berbuat kebajikan
MENGEMBALIKAN PANGKAT DERAJAT JABATAN
Saipa yang dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandangnya dan ia berharap mengembalikan pangkatnya yang telah hilang tersebut maka hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. Insayallah pangkatnya semula akan kembali bahkan ia akan menyandang pangkat yang lebih tinggi.

 OBAT MANDUL
Siapa yang mandul dan belum mendapat anak selama menikah hendaklah ia membaca surah Fathihah 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Dibaca di antara Sunat Subuh dan Fardhu Subuh. Maka, ia akan sgera mendapatkan anak yang sholeh.

 MENYEMBUHKAN PENYAKIT KULIT
Baca Al Fathihah sebanyak 7 kali, kemudian ludahkan diatas kapas dan tempelkan pada kulit yang luka atau kulit yang berpenyakit  maka dengan izin Allah kulitnya sembuh.

 PEKERJAAN BERES
Siapa yang melakukan pekerjaan dan hendak menyelesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan pekerjaannya dengan tidak mendapat gangguan dan semuanya beres.

 PENGHILANG LAPAR DAN DAHAGA
Siapa yang kehausan karena berada dalam perjalanan yang jauh misalnya di tengah padang pasir, atau di tengah laut saat berlayar tersesat yang tidak ada sedikitpun air dan ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan ke muka dan perutnya. Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

 MENGOBATI SAKIT TELINGA
Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu kertas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan ke dalam telinga, insayaallah telinganya sehat.

 BELENGGU PUN TERLEPAS
Apabila suatu ketika kita mengalami peristiwa kejahatan dan dibelenggu atau dirantai, maka bacakan Al Fathihah 121 kali, kemudian hembuskan ke ikatan atau belenggu tersebut. Insya allah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah.

 PAGAR GAIB
Petunjuk yang lain, siapa membaca Fathihah sekali saat ia meletakkan kepalanya di bantal saat akan tidur kemudian dilanjutkan dengan membaca:  Qulhuallahu Ahad 3 kali,  surah al Falaq sekali, surah an Nas sekali maka ia selamat dari segala kejahatan serta menjadi dinding dari kejahatan gaib dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuki tubuhnya pada saat dia tidur.

 MENYEMBUHKAN SAKIT PELUPA
Jika dibacakan Fatihah:
  • 70 kali sehari
  • selama 7 hari
pada suatu yang wadah yang berisi air kemudian dihembuskan ke dalam air itu dan diberi minum kepada siapa yang kurang cerdas/ bodoh pelupa dan selalunegative thinking maka Insyaallah akan dibukakan pintu hatinya dan diberikan kepadanya kepahaman serta pengetahuan dan penyakit pelupanya segera sembuh. Pikirannya pun menjadi positive thinking

 HAJAT SUKSES
Syaikh Mahayudin bin Arabi berkata: “Barangsiapa yang sedang menyelenggarakan hajat hendaklah ia membaca Al Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sholat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca sebanyak bilangan tersebut. Setelah itu bermohonlah kepada Tuhan hajatnya akan sukses maka dengan ijin Allah SWT, hajatnya alan lancer dan sukses tidak kurang suatu apa.

 MINYAK FATIHAH
Jika di bacakan 70 kali Al Fathihah ke dalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan agar mencegah masuk angin, atau untuk menyegarkan tenaga dan menyembuhkan urat. Juga bagi penyakit punggung dan pinggang. Insyaallah segera sehat apabila di gosokkan.

 SEBAGAI PENAWAR
Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala jengking atau binatang bersengat hendaklah diambil segelas air dan masukkan sedikit garam (butiran kasar) dalam air itu dan bacakan Al Fatihah sekali. Kemudian minumkan, Insyaallah bisa/racunnya akan hilang. (KWA)

 Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
·         Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

 Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
·         Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
·         Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

 Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
·         Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
·         Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
·         Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
·         Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

 Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
·         Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

 Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
·         Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
·         Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.


KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH ( 2 )

Al-Fatihah - Keistimewaan dan fadilatnya


SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab'ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat.

Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha'labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.

Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A'rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.

Menghimpun

Pendapat yang ketiga, ia diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.

Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya :

1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu'alla.

2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka'ab.

3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

6. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin as-Salt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan pulang, kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya : Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w.) yang amat baik.

Aku pun membaca al-Fatihah selama tiga hari sebanyak dua kali pada waktu pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w : Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya.

Inilah sebahagian daripada fadilat al-Fatihah.

INTI PATI DAN KANDUNGAN

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri', iktikad dengan Hari Akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadat, meminta pertolongan dan doa.Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadimah fi at-Tafsir - berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :

1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.

2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.

3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.

4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.
Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran ]]


Marilah kita membincangkan Surah Al-Fatihah ini dengan lebih mendalam lagi:

Surah ini dibaca oleh setiap muslim sekurang-kurangnya 17 kali sehari! Iaitu dalam setiap rakaat solat 5 waktu kita.Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah Al-kitab”

Hadis diatas sudah cukup memberikan satu keistimewaan kepada Surah ini.Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Abdillah, Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya Iblis menjerit 4 kali .Pertama, pada hari ia dilaknat, kedua, ketika ia turun ke bumi, ketiga, Ketika Allah swt mengutuskan Muhammad saw pada tempoh terhentinya rasul, dan keempat, ketika diturunkan Umm al-Kitab yakni “Alhamdulillahi robbil ‘alamin”. Dan Iblis tertawa terbahak-bahak 2 kali, pertama, ketika Adam makan buah dari pohon dan kedua, ketika ia diturunkan ke bumi”

Ketika Surah Al-Fatihah diturunkan, semua iblis menangis kerana ketakutan.Suara tangisan iblis terdengar oleh seluruh makhluk kesegenap penjuru dunia kecuali manusia.Ada riwayat yang mengatakan semua iblis berkumpul dan menjerit dengan sekuat kuatnya sebanyak empat kali ketika surah ini diturunkan.

Dalam Sahih Muslim, Rasulullah menyatakan bahawa Allah Swt terus menjawab bacaan Al-Fatihah hambanya, diriwayatkan dari al-‘Ala’ bin Abdur Rahman, dari ayahnya dari Abu Hurairah RA, Rasulullah saw bersabda :

“Aku telah membahagi solat dua bahagian antara diriKu dan hambaKu. Bagi hambaKu apa yang dia minta. Jika dia mengucapkan, “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”, maka Allah berfirman “HambaKu telah memujiKu”.Dan jika dia mengucapkan “Yang menguasai hari pembalasan”, maka Allah berfirman “HambaKu telah memuliakanKu”. Jika dia mengucapkan "Hanya kepada Engkaulah kami beribadat dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”. Maka Allah berfirman “Inilah bahagian antara hambaKu dan diriKu, untuk hambaKu apa yang dia minta”. Dan jika dia mengucapkan “iaitu jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”, maka Allah berfirman “ Ini untuk hambaKu dan bagi hambaKu pula apa yang dia minta”.

Dalam sembahyang pula, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud, Sahmi, dan ‘Amr ad-Dani disahihkan oleh hakim, bahawa Rasulullah saw membaca surah ini dengan berhenti pada setiap akhir ayat(waqof), tidak menyambung satu ayat dengan ayat berikutnya(Washol).

Dalam Al-Quran sendiri Allah telah menyatakan tentang 7 ayat yang di ulang-ulang :

“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad) , tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya”
[ Surah Al-Hijr: ayat 87 ]

Khairul Ghazali dalam bukunya “Misteri aura & energi Surah Al Fatihah”, pada mukasurat 44, menulis tentang nama-nama lain bagi surah ini :

[[ Berdasarkan hadith-hadith ,umumnya mufassir(yang terdahulu mahupun yang kemudian) menyebut tujuh nama; al-Quran menyebut 12 nama; al-Fakhr al-Razi dan al-Alusi, 22 nama dan Sayyid Muhammad Haqqi al-Nazili, 30 nama.

Senarai nama-nama lain bagi surah Al-Fatihah :

1.Fatihah al-Kitab (Pembuka al-kitab)
2.Fatihah al-Quran (Pembuka al-Quran)
3.Umm al-Kitab (Induk al-Kitab)
4.Umm al-Quran (Induk al-Quran)
5.Al-Quran al-Azim (Quran yang agung)
6.Al-Sab’al-Mathani (Tujuh yang berulang)
7.Al-Wafiyah (Yang memenuhi)
8.Al-Waqiyah (Yang melindungi)
9.Al-Kanz ( Perbendaharaan)
10.Al-Kafiyah (Yang mencukupi)
11.Al-Asas (Asas)
12.Al-Nur (Cahaya)
13.Surah al-Hamd (Surah pujian)
14.Surah al-Syukr (Surah Syukur)
15.Surah al-Hamd al-Ula (Surah pujian pertama)
16.Surah al-Hamd al-Qushwa (Surah pujian terakhir)
17.Surah al-Ruqyah (Surah mantera penawar)
18.Surah al-Syifa’ (Surah Ubat)
19.Surah al-Syafiyyah (Surah penyembuh)
20.Surah al-Solat (Surah Solat)
21.Surah al-Du’a ( Surah Doa)
22.Surah al-Tolab (Surah permintaan)
23.Surah al-Su’al (Surah permohonan)
24.Ta’lim al-Mas’alah (pengajaran masalah)
25.Al-Minajat ( Bisikan)
26.Al-Tafwidh (Kepasrahan)
27.Al-Mukafaat (Penggantian)
28.Afdhal Suwar al-Quran ( Surah al-Quran paling utama)
29.Akhir al-Surah min suwar al-Quran (Surah al-Quran terakhir)
30.A’zham surah fi al-Quran ( Surah al-Quran paling agung) ]]

Oleh itu, marilah kita sama-sama beramal dengan Surah yang hebat ini.

Wassalam.





 lagi kelebihan mengamalkan surah Al-Fatihah ( 3 )

Sabda Rasulullah s.a.w:“Surah yang paling afdhal dalam Al-Quran ialah Surah Al-Fatihah:
 Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali kitab Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi” 

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
Al-Fatihah: Khasiat ayat pertama
Apabila dibaca sebanyak 21 kali sebelum tidur, aman dari gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan mati secara mengejut. Apabila  dibaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, Allah s.w.t akan hinakan orang tersebut dan diselamatkan dari kejahatannya. apabila dibaca sebanyak 100 kali di atas tempat yang sakit selama 3 hari. InsyaAllah hilang kesakitan tersebut. Apabila dibaca sebanyak 786 kali pada sebekas air yang suci, lalu diminum ketika terbit matahari selama seminggu (7 hari). InsyaAllah ia akan dikurniakan kecerdikan yang luar biasa dan dapat menghafal sesuatu ilmu dengan mudah.


"Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
Al-Fatihah: Khasiat ayat kedua
Jika ditulis pada sekeping kertas;  lalu direndam ke dalam minyak yang baru (yang belum digunakan). Kemudian disapukan pada gigi yang sakit. InsyaAllah afiat.   Ayat   jika ditulis pada mangkuk atau pinggan putih lalu dihapuskan dengan minyak wangi. Minyak wangi tersebut disapu pada muka sebagai pengasih dan seri muka.




"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm


Al-Fatihah: Khasiat ayat ketiga
Apabila ditulis dua kalimah ini sebanyak 5o kali pada sekeping kertas, kemudian membaca ke atas kertas tersebut sebanyak 150 kali. Bawalah ia ke mana-mana saja, khususnya ketika hendak menghadap orang yang zalim. InsyaAllah aman dari kejahatan mereka. Bacalah sebanyak 40 kali di telinga orang yang kerasukan iblis dan jin. InsyaAllah pulih. Kalimah  jika dibaca sebanyak 1000 kali sehari, selama tiga hari berturut-turut ke atas orang yang sakit berpunca dari angin seperti angin ahmar. InsyaAllah afiat. Jika ditulis sebanyak 19 kali pada sekeping kertas, lalu dijadikan azimat oleh wanita yang mandul atau diletakkan pada pokok yang tidak berbuah. InsyaAllah dengan berkat nama Allah.




"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn

Al-Fatihah: Khasiat ayat keempat
 Tulislah ayat ini pada sekeping perak atau emas, kemudian pahatkanlah pada empat penjuru tiang rumah yang baru didirikan atau pada haluan kapal dan perahu. InsyaAllah terpelihara dari bala, wabak, kebakaran, karam serta dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.



"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
Al-Fatihah: Khasiat ayat kelima
Tulislah ayat  pada sekeping kertas, lalu dimasukkan ke dalam buluh atau botol. Kemudian ditutup supaya tidak dimasuki air. Setelah itu tanamlah di tengah-tengah bendang atau kebun. InsyaAllah subur dan terpelihara. Bacalah ayat  sebanyak tiga kali senafas ketika bertemu binatang liar atau orang yang jahat. InsyaAllah lemah hatinya dan terpelihara dari kejahatan tersebut.



"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm


Al-Fatihah: Khasiat ayat keenam
Jika ada orang yang hendak berbuat zalim, bacakan ayat ini sebanyak 3 kali senafas dengan tekad yakin lalu dihembuskan ke mukanya. InsyaAllah berubah. Jika lupa apa yang telah dihafal, bacalah ayat ini sebanyak mungkin sambil berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. InsyaAllah, Allah akan mengembalikan ingatannya itu.



"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

Al-Fatihah: Khasiat ayat ketujuh
Apabila sesat, bacalah ayat  sebanyak 3 kali dalam satu nafas, kemudian tutup mata pada kadar satu saat. InsyaAllah ditunjuki jalan yang betul. Apabila kehabisan air atau makanan ambillah daun kayu yang boleh dimamah dan bacalah  sebanyak 7 kali, kemudian daun itu dikunyah sehingga lumat, diperah airnya dan disapukan pada leher. InsyaAllah terpelihara dari lapar dan dahaga. Apabila dikepung oleh musuh, ambillah segenggam tanah dan bacalah  kemudian hembur tanah itu di hadapan musuh-musuh tersebut. InsyaAllah selamat. Jika ada orang yang sangat marah, bacakanlah  sebanyak 7 kali kemudian hembuskan ke hadapannya. InsyaAllah hilanglah kemarahannya dan jadi jinak.