Saturday 1 June 2013

Kelebihan Surah Yaasin - 83 ayat Turun di Mekah



Banyak sungguh fadhilat Surah Yaasin ni...

Antaranya ialah :
  • Hilang lapar dan dahaga
  • Hilang susah hati
  • Pahala seperti khatam 10 kali Al-Quran
  • Baca ayat 1 - 9 untuk pendinding waktu malam dari kejahatan manusia kejam spt pencuri atau perompak...amalkan setiap malam. Insya-ALLAH sudah banyak yang terbukti kuatnya ayat-ayat ini sebagai pendiding
  • Selesai baca ayat ke 58, Salaamun qaulan mirrabirrahiim...minta doa. Baca 3 x , doa dan sambung hingga tamat surah. insyaALLAH akan dimakbul-NYA doa kita itu.
  • Baca sebelum perjalanan jauh. Insya-ALLAH tidak sesat dan selamat pergi dan balik, harta benda, keluarga juga terselamat
  • segala hajat akan tercapai jika dibaca dipermulaan hari
  • segala dosa yang terdahulu diampun ALLAH SWT jika kita baca hanya kerana ALLAH SWT.
Subhanallah..  Marilah kita sentiasa basahkan lidah dan hati kita dengan Surah yang terkandung di dalamnya...

  • Bukti-bukti adanya hari berbangkit mensucikan allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.
  • Kisah utusan-utusan nabi isa a.S dengan penduduk anthakiyah.
  • Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik;. Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan.
  • Semua bintang- bintang di cakrawala berjalan pada garis edar yang telah ditetapkan Allah.
  • Ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba.
  • Allah menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya. 



Marilah kita dengar bacaan surah Yasin oleh Mishary Al Afasi...
http://m.youtube.com/#/watch?v=SW1UoZ_Jk68