Saturday 27 April 2013

Kelebihan Qulhuallah.../ Surah Al-Ikhlas




Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
 

Antara kehebatan Surah Al-Ikhlas....

1) Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.  Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi
pemendekaan . Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia
adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan
kita sehari..

2) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul Qurthuby).

3) Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya "Siapakah
antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?"
 Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran...
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran.

4) Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun
perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu padang  sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap    padang
sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang
membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

5) Sabda Rasulullah SAW lagi:
 Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

6) Siapa membaca surah Fatihah, Al-ikhlas, al-Falaq, dan An-Annas setiap satu
sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala
hinggalah ke Jumaat yang berikiutnya. .

7) Jika dibaca 3 surah ini Al-Ikhlas, Al-falaq and An-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

8)  Imam Ali bin Abi Thalib as telah berkata : "Barangsiapa yang membaca Qul Huwallâhu ahad sebanyak sebelas kali setelah selesai shalat shubuh, maka dia pada hari itu tidak diikuti dosa." (Tsawabul 'Amal).

9) Diriwayatkan dari Amirul Mukminin [Ali bin Abi Thalib] as bahwa Rasulullah Saww bersabda : "Barangsiapa yang membaca Qul Huwallâhu ahad seratus kali ketika berbaring hendak tidur, niscaya Allah mengampuni dosa-dosanya selama lima puluh tahun." (Tsawabul 'Amal).

10) Imam Ja'far ash-Shadiq berkata : "Barangsiapa menuju tempat tidurnya, lalu dia membaca sebelas kali Qul Huwallâhu ahad..., niscaya Allah menjaganya di dalam rumahnya dan di tempat-tempat yang ada di sekitarnya." (Tsawabul 'Amal).

11) Dari Ja'far bin Muhammad dari ayahnya as bahwa Nabi Saww telah men-shalatkan atas (jenazah) Sa'd bin Mu'adz, lalu beliau bersabda : "Ada sembilan puluh ribu malaikat yang ikut menshalatkan di antara. Di antara (malaikat) yang ikut menshalatkan atasnya adalah Jibrail as. , lalu aku bertanya kepadanya : 'Wahai Jibrail, mengapa Anda menshalatkannya ?' Dia berkata : 'Karena dia suka membaca Qul Huwallâhu ahad...dalam keadaan berdiri dan duduk, dalam keadaan berkendaraan dan berjalan dan dalam keadaan pergi dan datang.'" (Tsawabul 'Amal).

12)  Baca 3 x sebelum masuk ke dalam rumah.

13)  Boleh dilakukan untuk :
a - Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
b -  Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk.
c -  Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.
d - Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.
e - Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.
f -  Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / di ulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.


No comments:

Post a Comment