Saturday 27 April 2013

Basmalah/Bismillahirahmaanirrahiim



BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  
 
 In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
 

Assalamualaikum wr. wb. buat pembaca yang dikasihi.
Assalamualaikum wr. wbdear readers.
 
Di sini, ummu ingin berkongsi satu kisah...
Here, I would like to share a story ....

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

There was an old woman who was religious, but her husband a rebellious and did not want to perform the duties of religion and did not want to do good deed. The woman was always reciting 'Bismillah...' Each time she speaks and every time she wants to start something, she would always precede by 'Bismillah...'. Her husband did not like her attitude and always made fun of his wife. Her husband would say in a teasing manner,  "Every now and then, Bismillah, Bismillah. Bismillah!"
 
Isterinya tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

His wife did not say anything, instead she prayed to Allah to provide guidance to her husband. One day her husband said, "Someday I will make you disappointed with your holy sayings."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

One day, he wanted to surprise  his wife.So he gave a bag of money to his wife and said, "Keep this money." His wife took the money and kept in a safe place; while her husband was looking at the place where she hid the money. Later, her ​​husband quietly took the money from the hiding place and threw the bag into a well, in his backyard.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

 A few days later, her husband called his wife and said, "Give me back the money that I asked you to keep the other day." Then his wife went to the place where she kept the money and her husband followed her. She ​​carefully approached the place where she kept the money. As she opened the place, she recited, "Bismillahirrahmaanirrahiim." At the same time, ALLAH s.w.t.  sent the angel Gabriel to return the bag of money, and she then handed it back to her husband.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
This surprised her husband, and he felt guilty. He then confessed what he did to his wife. He regreted  and became a good and religious man. He also recite, 'Bismillah...' before he started doing something. 

Dengan itu wahai saudara-saudaraku,
With that, O brothers and sisters,

Marilah kita sama-sama menyebut dan mengamalkan 'Bismillahirahmaanirrahiim' tanpa mengira waktu pagi, petang ataupun malam dan sebelum memulakan segala aktiviti harian kita.
Moga kita akan beroleh keberkatan-NYA. Amiin.

Let us practice to recite  'Bismillahirahmaanirrahiim',  irrespective of morning, afternoon or evening and before doing our daily activities.   God willing, we will have HIS blessings. Ameen.

Kisah di atas, saya peroleh di blog : 
The above story, I got it from the blog:
 


'Hendaklah kita sentiasa berprasangka baik terhadap ALLAH SWT'

"We must always trust in ALLAH SWT '



No comments:

Post a Comment