Wednesday 29 June 2016

Kelebihan Al-Fatihah

KLIK untuk Dengar Surah Al-Fatihah oleh Sheikh Misyary Al-Afasy

Maksud Ayat atau surah AL-Fatihah

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

                        **********************

Merujuk pada hadits-hadits dalam kitab Khazinatu al-Asrar hal. 108-115, dapat disimpulkan beberapa kelebihan membaca surah al-Fatihah, antara lain:
    1. Diampuni dosa
    2. Diterima kebaikan 
    3. Aman dari Marah Allah Swt. 
    4. Dibebaskan lidah pembacanya dari Api neraka 
    5. Terlepas dari azab kubur, azab neraka, dan azab hari kiamat 
    6. Berjumpa dengan Allah Swt. sebelum para ambiya dan para Aulia 
    7. Orang yang membaca al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur, al-Quran, suhuf idris As., dan suhuf Ibrahim As. tujuh kali. 
    8. Mendapat derajat yang tinggi dalam surga. 
    9. Orang yang membaca al-Fatihah seolah ia telah menyedekahkan emas di jalan Allah Swt. 
    10. Setiap satu ayat dari al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka 
    11. Rumah yang dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas tidak akan ditimpa kefakiran dan banyak kebaikan. 
    12. Membaca surah al-fatihah, ayat kursi, dan dua ayat dari ali Imran setiap selesai shalat akan dibalas oleh Allah Swt. dengan surga, dipandang oleh Allah Swt. 70 kali setiap hari, ditunaikan hajat, dimenangkan dari musuh dan pendengki.
    13. Membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebelum tidur akan mendapatkan keamanan dari apapun kecuali maut. 
    Marilah kita sama-sama beramal dengan umul Quran ini dengan istiqomah moga kita termasuk dalam golongan yang ALLAH SWT redha.   ALLAHUMMA amiin.

    Wallahu A'lam.

    Sumber :  http://beritaislamiterkini.blogspot.hk/2014/09/13-kelebihan-membaca-surah-al-fatihah.html

    No comments:

    Post a Comment